Post Page Advertisement [Top]

Aku bangun dari tempat tidur aku dan terus pergi ke arah ruang tamu kerana aku merasa ada sesuatu berlaku di luar rumah. Aku pergi ke arah tingkap dan melihat sesuatu yang aku rasa pelik. Seekor dinosaur yang berbadan amat besar berada di belakang bukit. Warna kuning. Seekor lagi berada di jalan raya di hadapan rumah aku. Dinosaur warna kelabu, baka badak. Macam mana pulak sekarang ni boleh ada dinosaur?


Kedua-dua makhluk ini kelihatan bergerak. Yang berleher panjang yang ada kat belakang bukit tu tadi bergerak ke arah kanan dan yang kat jalan raya tadi bergerak ke arah kiri. Pergerakan mereka perlahan tetapi mempunyi bunyi hembusan nafas yang kuat dan juga hentakan kaki yang bising. 

Ah, mungkin perasaan aku je. Aku tutup mata dan aku buka balik dengan harapan aku cuma berimaginasi. Bila aku buka semula mata aku melihat dinosaur itu tadi masih ada di depan aku. Sedang aku seronok dan terkaku mematungkan diri aku melihat dinosaur berleher panjang itu terpandang aku dan mula melangkah ke arah aku. Melangkaui bukit hijau di depan rumahku dan secara slow motion bergerak menuju aku. 

Ia di depan mata aku. Aku masih berdiri. Aku masih tak bergerak. Aku cuma mampu membuka sedikit mulut dan jantung bergerak dengan laju. Bergerak dengan sangat kuat. Aku berpeluh walaupun aku tidak bergerak. Ia mula menaduk tingkap rumahku dengan kepalanya. Pecah! Aku masih di situ. Sial. Pada waktu ini aku tidak mampu bergerak atas alasan aku tak tahu nak buat apa!



Ia mula merapatkan kepalanya kepadaku. Memandang diriku dengan pandangan tajam. Kejadian ini mungkin berlaku sepuluh saat. Aku tak sempat nak kira cuma mungkin dalam sepuluh saat. Kemudia ia mula merapatkan kepalanya kepada badanku dan mengusap dirinya pada badanku. Perbuatannya seolah-olah hobi kucing manja pada tuan....

3 comments:

ieta said...

hehe rajinnya tuan blog berimaginasi. Takut tgk dinasour tu... :)

Unknown said...

bro,aku x faham la apa ko cuba smpikan ni...ko buat novel ke apa ni :)

Farra said...

mimpi ngeri ka tok..hehe