Post Page Advertisement [Top]

Masalah sebahagian ahli akademik sekarang ialah mereka sibuk menjadi superior dan menganggap idea baru sebagai ancaman. Akhirnya, fungsi sebenar akademia sebagai ruang untuk perbincangan ilmu baru ditutup. Semuanya sibuk mempertahan legasi yang kini tidak dipeduli. Kerana mereka kini sudah jadi insecure dengan anak didik yang jauh lebih hebat

Pada aku, kalau mereka hebat, bukankah bagus? Semakin banyak perkara dapat dibincang. Tidaklah kita terikat dengan nostalgia. Anak muda sudah pasti sifat mereka eksploratif dan banyak soal. Kerana mereka tidak ada pengalaman. 

Menghalang eksplorasi mereka sama seperti menjadikan mereka robot. Kemudian kau salahkan pelajar kalau mereka malas cakap dalam kelas? Kau, akademia yang insecure yang salah. Kau takut orang mengambil tempat engkau. Padahal, mereka hanya mahu cuba dan cari ilmu baru. Kalau mahu jadi lebih baik dari mereka, perlulah kau sentiasa cari ilmu baru juga. 

Duduk sahaja dan bernostalgia mana cukup. Ya memang ada pelajar biadap. Ada juga pelajar yang buat kerja tanpa peduli asas tradisi. Ya. Mereka ini anai - anai. Tetapi, ada juga pelajar bagus yang cuma mahu bertanya soalan. Ahli akademik yang bagus pastinya mereka yang tidak henti beri inspirasi. Siapa tulang belakang orang hebat seperti Chong Wei? Sudah pasti guru yang hebat.

No comments: