Post Page Advertisement [Top]


Sumber: http://www.flickriver.com


Georg mahukan produksi dia dibuat dengan nilai naturalistik yang tinggi. Rumah perlu nampak seperti rumah. Lakonan perlu nampak sangat natural. Tidak boleh dibuat-buat. Juga dianggap sebagai perintis pengarahan teater moden. 

Seorang aristokrat yang dipengaruhi oleh pengkarya terdahulu dan mempunyai minat dalam teater ini telah membantu dalam mempromosikan Ibsen di Eropah. Ibsen yang pernah dihalang untuk dipentaskan dapat juga dipentaskan kerana Georg ini aristokrat dan ada pengaruh. 

Kumpulan Georg juga menghalang daripada melahirkan bintang. Pada dia, kalau nanti ada bintang dalam produksi maka, mulalah perangai diva atau primadona. Kerja teater ialah kerja kumpulan. Sesiapa yang tidak tahu bekerja tetapi acah-acah sahaja akan dibuang daripada kumpulan. Kehebatan Georg dalam kawal ensemble ialah formula yang menjadi keterujaan kepada pengkarya muda. 

Pengaruh Georg telah menyebabkan banyak pengarah yang lebih muda terinspirasi. Stanislavski banyak mengambil idea lakonan Georg.

No comments: