Post Page Advertisement [Top]


Saya mempertahankan usul untuk mempertahankan tradisi dari dahulu lagi kerana tradisi ialah asas kepada pembentukan kita.

Moderniti ialah zaman dan masa yang sentiasa bergerak. Identiti ialah tradisi; ilmu turun-temurun yang kemudiannya menjadi karektor seseorang.

Moderniti pula ialah khalayak. Selera khalayak pasti ikut massa dan masa. Tetapi, identiti tradisi milik individu. Sebab itu, ada masa kamu akan rindu makan nasi di Tanah Eropah kerana tradisi kamu yang terbentuk dalam khalayak keluarga kamu makan nasi.

Ada yang tidak kisah. Kerana, nasi bukan tradisinya yang dibentuk oleh khalayak itu tadi. Tradisi tidak boleh dipura - purakan kerana tradisi ialah milik dalaman individu. Kau tipu kau lapar tapi perut bunyi keroncong ialah petanda kau berpura - pura tentang tradisi kau.

Orang awam tidak pernah menolak tradisi sekiranya tidak menjengkelkan. Mereka juga tidak mahu moderniti kerana moderniti sangat pantas. Tetapi mereka tiada pilihan. Moderniti ialah masa dan massa. Dan tradisi ialah identiti dan jiwa.

Sebab itu, kau akan sedih mengenang kampung halaman yang kau akan tinggalkan esok hari atau rumah lama yang dirobohkan.

Kau juga akan gembira atas perkara kecil dalam tradisi seperti membuka selipar sebelum masuk rumah kerana praktikaliti. Kau juga boleh jadi gembira makan masakan ibu kau kerana itu tradisi kau. Mana sama masakan ibu dan masakan segera yang sudah diset resepinya untuk keperluan khalayak.

No comments: