Post Page Advertisement [Top]

Dikatakan Melanau keluar dari Gua Niah kemudian mereka berjihrah melalui kawasan pesisir sehinggalah kawasan paling barat Sarawak. Mereka kemudiannya membuat kerajaan mengikut kepada kawasan sungai. 

Ada juga yang membuat terusan yang kemudiannya menjadi kediaman kepada Melanau. Kerajaan ini kemudiannya berkembang kerana sifat Melanau yang suka berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan sehinggalah kerajaan Melanau menjadi perhatian kepada Brunei yang ingin mengambil kekuasaan kerajaan ini. Melanau, sama seperti Brunei mempunyai hubungan dengan Majapahit. 

Rumah tinggi Melanau ialah satu sistem pertahanan daripada serangan musuh. Sebagai penduduk asal yang mengamal animisme, mereka boleh memilih untuk menjadi Muslim atau Christian atau mengekalkan kepercayaan asal mereka. Masuk Melayu disalah anggap sebagai masuk Islam sehingga menyebabkan banyak Melanau pada zaman awal kedatangan Islam menganggap mereka mengamalkan agama Melayu. 

Perkara ini juga berlaku kepada etnik-etnik lain di Sarawak. Namun begitu, dalam kebanyakan etnik di Sarawak, Jatti Miriek ialah mereka yang perlu diberi perhitian. Nama etnik Miriek ini diubah kepada Melayu walhal mereka bukanlah Melayu. Mereka hanya mengamalkan agama Islam. Melanau terkenal dengan seni ukiran dan juga arkitektur. 

Terdapat banyak wira Melanau yang tidak didendang dan disalahtulis sebagai Melayu. Etnik yang mempunyai kaitan dengan Melanau ialah Sekapan, Lahanan, Kejaman, Kajang, Sebop, Punan. Pengekalan beberapa budaya lama tidak lagi diteruskan atas faktor kos operasi untuk menjalankan adat tersebut dan juga kerana faktor bercanggah dengan agama yang dianuti.

No comments: