Post Page Advertisement [Top]

Teater Culik yang pernah kami pentaskan di luar kampus sewaktu belajar.

Ringkasan Shakespeare ialah pementasan kami yang sering mendapat sambutan hangat. Dipentaskan sebanyak lima siri pementasan.


Waktu aku belajar dahulu, membuat persembahan teater di luar ialah satu perkara yang perlu dibuat. Ini ialah satu kewajiban. Aku akn sedaya upaya mencari pelbagai produksi di luar untuk bekerja mencari pengalaman. Kadang-kadang produksi mengarut. Pengarah bosan nauzubillah. Tetapi, aku buat sahaja sebab aku benar-benar mahu berteater. 

Kadang-kadang, kau akan jumpa penipu tahap dewa yang kerjanya lambat bayar payment atau tidak bayar langsung. Kau akan sedar yang dunia teater ini kejam. Pada waktu itu, kalau kau tidak mampu bertahan, kau akan berhenti. Aku banyak buat lighting untuk teater dan juga konsert tahun baru dan juga konsert kecil-kecilan waktu aku belajar.

Pada tahun 2011, aku kemudian tubuhkan kumpulan teater kecil yang ahlinya bebas. Tidak terikat dengan kumpulan aku. Mereka boleh jadi siapa sahaja. Dari situ aku belajar cara urus pekerja. Dari situ juga aku belajar bahawa, kerja teater ialah kerja semua ahli. Ada produksi yang gagal. Pada aku, kegagalan produksi ialah kegagalan aku sebagai seorang penerbit untuk memahami kehendak ahli produksi. Kalau berjaya, itu ialah kejayaan semua.

Aku akan jumpa macam-macam orang dari pelbagai kepakaran. Aku cuma mahu sembang tentang idea. Kami akan lepak sampai pagi, datang ke pementasan yang dipersembahkan oleh sesiapa sahaja. Kemudian, kami buat analisis. Apa yang boleh diperbaik. Minum teh tarik sampai pagi cerah. Waktu itu, kami cuma mahu buat teater.

Kami gunakan peluang sebagai pelajar untuk berjumpa dan sembang idea dengan pensyarah. Mereka semua tidak lokek ilmu. Malah, sentiasa berkongsi dan memberi nasihat. Mereka juga sangat suka pelajar mereka berdikari dan berusaha untuk berteater.

Aku suka melihat beberapa pelajar suka untuk berbincang tentang idea. Mereka ada semangat itu. Kalau perkara ini berterusan, akan ada perkara baik akan wujud.

No comments: