Post Page Advertisement [Top]



Penggiat-penggiat teater baru perlu sedar bahawa kemahiran devised ialah kemahiran yang tinggi. Sekiranya anda seorang yang tidak banyak membaca dan tidak mahir menganalisis teater, anda akan sukar untuk mementaskan pementasan berideakan devised.

Banyak pengkarya baru menjadikan devised sebagai alasan untuk menjadi malas dan menjadi satu alasan untuk tidak menjawab soalan secara analitik. Mereka akan mengatakan satu alasan yang mudah "Terpulang pada penonton." atau "Ini karya aku, kau tak layak kritik karya aku."

Mereka akan menggunakan hujah "ini ialah karya berasaskan idea Brecht," padahal produk akhir di atas pentas amatlah teruk. Tiada jiwa Brecht. Mereka faham bebas ialah segala-galanya.

Ini ialah penyakit pengkarya baru kini. Mereka tidak menghargai penonton juga karya devised mereka. Kawan-kawan saya yang membuat karya devised yang baik semuanya bermula dengan asas pengetahuan yang tinggi. Tidak patut dibuat sambil lewa.

Saya berikan analogi yang lebih mudah: Orang awam akan katakan pantomime itu mudah. Hanya narator membaca cerita dan kumpulan pelakon yang akan bergerak atas pentas berdasarkan apa yang narator itu cerita.
Teater ialah kerja yang sangat memerlukan disiplin. Pengkarya yang bagus ialah pengkarya yang analitik dan tahu bagaimana untuk memberi rasa pada penonton. Boleh jadi karya itu mudah. Boleh jadi karya itu susah difahami. Tetapi yang utama ialah kepuasan penonton dan pengkarya.


No comments: