Post Page Advertisement [Top]


Bahasa Melanau boleh difahami oleh kumpulan Klemantan lain walaupun berbeza sebutan kerana mempunyai persamaan daripada makna. Orang Melanau boleh sahaja faham bahasa Punan, Orang Ulu, Cebop, Kayan, Kajang, Sekapan, Lahanan. Ada juga yang mempunyai lenggok cara Melanau bercakap. 

Melanau dilihat sebagai bahasa dominan dan kumpulan ini hanya dipisahkan oleh dialek dan juga tempat kediaman. Dalam hal ini, Melanau boleh dianggap sebagai satu bahasa yang dipertutur oleh kumpulan Kalamantan ini selain sebagai satu kerajaan lama. 

Mengambil contoh United Kingdom, mereka menggunakan Bahasa Inggeris tetapi orang Scotland tetap Scottish, orang England tetap English dan orang Ireland Utara tetap Irish. Begitulah juga Melanau dan kumpulan Kalamantan ini. Kumpulan Klemantan ini juga mempunyai beberapa persamaan dari aspek budaya dan seni. Ukiran misalnya, penggunaan keliding misalnya dan pelbagai lagi kepercayaan yang sama.

Struktur bahasa Melanau juga berbeza dengan bahasa Melayu menyebabkan kebanyakan penduduk kampung Melanau mempunyai cara bercakap bahasa Melayu yang berbeza.

Di Sarawak, kebanyakan pihak sebelum sekitar 1980 menganggap Melayu sebagai agama Islam. Jadi konteks masuk Melayu wujud sehingga menambah populasi Melayu secara mendadak pada sekitar hujung 1970an sehingga 1990an. Kerana itu, banyak orang Melanau pada waktu itu menganggap diri mereka Melayu yang mereka anggap sebagai agama Islam.

No comments: