Sumber Foto: Mohamad Nazrul Hazwan |
Aku bosan dengan teater. Aku merujuk kepada idea Richard Foreman bila aku cakap tentang kebosanan ini. Aku sependapat dengan Foreman bila aku melihat stail lakonan yang tidak sesuai dengan konsep pengarahan dipentaskan. Sama juga apabila primis biasa ditonjolkan dalam penulisan (kisah anak derhaka berebut harta/kisah tuntutan kemerdekaan pra merdeka dan lain-lain lagi).
Aku sentiasa dahagakan idea radikal yang boleh dibincangkan oleh pelbagai pihak. Itu kualiti yang ada pada Teater Modular. Sebab itu aku setuju memilih mengarah Teater Brokoli. Aku memilih untuk setia pada naskhah dan mengkaji secara mendalam idea penulis. Aku cuma memasukkan konsep pengarahan aku yang penonton boleh lihat melalui pergerakan minimal, pemilihan warna dan kostum mengikut kepada ikon setiap watak. Aku juga suka kepada kelambatan.
Ini yang aku masukkan sedikit dalam pementasan. Pada aku, komedi gelap agak menarik bila disampai dengan tempo yang tidak terlalu laju. Sama seperti aku menjamah komedi-komedi Russia yang lebih bersifat sebegini. Begitu juga dengan cara penyampaian bangsa Inggeris dalam menyampaikan komedi (rujuk IT Crowd, Shaun of the Dead). Ini antara rujukan untuk permainan perlahan itu.
Selepas selesai pementasan Teater Brokoli (Teater Modular), aku rasa aku mahu mengkaji perkara lain. Aku berminat untuk mempersoalkan tentang definisi teater itu sendiri. Itu yang aku akan cuba pada persembahan baru aku nanti (dalam perancangan, bulan Mei). Mungkin berjaya, mungkin gagal. Tapi, yang penting pada aku, idea ini telah mencabar aku untuk mengkaji benda baru.
Ada banyak perkara yang aku nak cakap lagi, tapi, aku rasa cukuplah ini.
Terima kasih pada yang hadir Modular! Terima kasih pada team Modular. Awak semua hebat. Boleh jumpa di lain waktu.
No comments:
Post a Comment