Post Page Advertisement [Top]


Semua pasti tahu siapa Jack Sparrow. Satu watak yang dilakonkan oleh Johnny Depp untuk filem Pirates of Caribbeans Sea. Dan pada bulan Mei yang lepas saya telah pergi menonton satu lagi filem terbaru Pirates of Caribbeans Sea The Stranger Tides. Filem ini merupakan siri keempat dalam siri filem Pirates of Caribbeans Sea.

Pirates of Caribbeans Sea on Stranger Tides mengisahkan tentang seorang lanun yang bernama Jack Sparrow yang sedang berusaha untuk pergi ke Fountain of Youth. Namun begitu Jack mendapat masalah apabila dia tidak mempunyai apa-apa melainkan peta yang dia curi dari Kapten Sao Feng. Dia telah dibantu oleh kekasihnya Angelica untuk mendapatkan kapal untuk pergi mencari Fountain of Youth dengan memasuki kapal milik ayahnya Captain Blackbeard. Pengembaraan mereka mula mendapat kesukaran apabila pihak Perancis dan juga Britain mula mencari Fountain of Youth juga. Mereka menemui Fountain of Youth pada waktu yang sama dan pihak Perancis telah memusnahkan Fountain of Youth. Dalam pergelutan itu, Blackbeard telah mati. Jack Sparrow telah meninggalkan Angelica di satu pulau dan dia dan Gibbs telah memulakan pengembaraan baru.





Pirates of....
Untuk siri keempat ini temanya masih sama iaitu mencari satu benda yang penting. Namun begitu,untuk siri ini tidak banyak watak-watak lama dikekalkan. Cuma yang masih ada ialah seperti Jack Sparrow,Gibbs,Barbosa. Banyak terdapat watak-watak baru seperti watak Blackbeard, Angelica, duyung.

Atas faktor ritual ini tadilah wujudnya karektor duyung. Blackbeard berusaha menangkap seekor (?) duyung dan memaksa duyung ini menangis. Tapi menarik kerana dalam filem ini duyung-duyung dikatakan lebih ganas dari jerung atau paus biru. Hahaha...Habis...seluruh tempat hari tu diserang duyung yang ganas.

Seperti mana yang saya katakan tadi,saya melihat struktur cerita dalam filem kali ini agak mudah dan beberapa elemen mewah seperti dalam filem-filem sebelumnya tidak beberapa kelihatan dalam filem ini. Kebanyakan masa banyak diperuntukkan untuk mereka mencari Fountain of Youth dan seperti biasa Jack Sparrow akan dengan mudah menyelesaikan banyak masalah.

Baiklah. Semua. Cerita ini pada saya kelihatan mudah dan tidak seperti dalam filem-filem sebelumnya. Hal ini berlaku apabila watak Jack telah diberikan lebih tumpuan dan juga misinya ialah mencari Fountain of Youth. Semua watak dalam cerita ini berusaha untuk mencari Fountain of Youth yang dikatakan sesiapa yang dapat minum air itu dengan beberapa ritual seperti memerlukan dua cawan sakti (saya tak ingat panggilan pada cawan ini) dan air mata duyung. Satu cawan akan dimasukkan air mata duyung dan dicampur dengan air dari Fountain of Youth dan satu cawan lagi akan dimasukkan air dari Fountain of Youth sahaja. Mereka yang minum menggunakan cawan yang dimasukkan air dari Fountain of Youth yang dicampur dengan air mata duyung akan hidup kekal dan muda untuk selamanya dan sesiapa yang minum air cawan yang satu lagi akan mati. Pengorbananlah katakan.


Beberapa aspek juga kelihatan seperti kurang menarik. Walaupun gaya Jack yang terkenal dengan cheat to death, tapi dalam siri ini cheat to death si Jack Sparrow tidaklah seperti dalam filem sebelumnya. Jack Sparrow lebih memberi tumpuan pada Angelica. Namun begitu, saya paling suka adegan apabila Jack lari dari askar British, dari satu kereta kepada kepala orang,lepas tu macam-macamlah tempat dia pijak sampailah Jack ni berjaya melarikan diri dan terjumpa ayah dia kat satu bar.

Mungkin juga dengan wujud karektor-karektor baru memperlihatkan cerita kali ini sedikit janggal. Hal ini kerana, kita sudah sedia maklum akan pergaduhan Jack dan Barbosa dan juga kisah politik yang terjadi dalam negara tempat Swann. Apabila cerita diubah kepada satu bentuk cerita baru (adapatasi baru) dari on Stranger Tides ini seterusnya menimbulkan rasa baru pada pentonton. Dan pada saya, saya tidak suka situasi ini.




Untuk siri ini tumpuan dilebihkan kepada arah keagamaan, kasih sayang. Kewujudan watak paderi, pemusnahan Fountain of Youth yang dikatakan oleh pihak Perancis merosakkan akidah? Sikap ketamakan dan pentingkan diri sendiri yang membawa kepada kematian. Ya, banyak perkara ini disajikan kepada kita.

Aspek-aspek lainnya juga masih dilihat sebagai baik. Namun begitu saya masih tidak berpuas hati mungkin sebab siri ini asing pada saya atau saya dah terbiasa dengan siri-siri sebelumnya...

*Sampai sekarang tak boleh terima Jack Sparrow JIWANG

3 comments:

Anonymous said...

apalah...ni pon nk ckp

saat omar said...

Kasilah can Jack Sparrow romantik sikit Walid...

walid ali said...

hahahahha...Lanun yang jiwang...boleh kasi jiwang sikit...sikit jelah...hahaha