Post Page Advertisement [Top]








Kali ni badan saya rasa macam banyak dah benda berlaku dan benda ni saya tak tahu patut atau tidak saya laung "HUH"...........

Ini cerita selepas tau...Cari dan baca bahagian 1.0 permulaan sebelum baca bahagian ni
Itulah....
Sekarang ni saya dah agak lama dalam satu tempat yang saya cita2 sangat nak pergi tu. Macam2 dah saya buat dari kuli batak sampailah jadi boss...semua saya dah rasa...dan banyak dah perkara yang saya lalui sampai saya dah sampai tahap berani mengkritik. Sekali lagi, saya peduli apa? Kritiklah...saya kritik orang...orang kritik saya...dan kat sini saya belajar lebih cepat.

Disebabkan masa berlalu...maka, medan maya semakin popular dan saya dari semasa ke semasa melalui proses pembaharuan...Bosan duduk kat satu2 tempat...lenguh pun ada...saya pada waktu tu suka apabila saya berada dalam bidang yang akan mebuatkan orang kurus...Tapi saya masih tak dapat melaluinya dengan situasi yang benar2 seronok sebab banyak sangat tembok yang saya perlu pecahkan dan tembok2 tu tebal sangat!!!Saya tak suka bila banyak sangat orang kata dia hebat tapi langsung tak ada apa...Tak ubah macam pasir-pasir kat kaki dan secara jujurnya saya tak tahan dan memutuskan untuk pergi mencari angin baru....yang saya tak tahu warna apa...

haa
Kalau rasa bosan sekarang orang lebih suka untuk meluahkan pada medium maya yang memeningkan dan selalunya medium maya ni akan terus menerus mengatakan bahawa dia akan cuba dan terus cuba untuk mendapatkan sesuatu yang kita ada supaya kita berada dalam satu kawasan asing yang akan menyebabkan lebih banyak masalah tak dapat diselesaikan.

Satu perkara telah terjadi sekarang apabila wujud satu budaya yang menjadikan orang semakin malas nak jumpa kawan dan ditambah dengan satu budaya iaitu masa dikejar. Masa yang bergerak secara perlahan pada asalnya semakin laju bergerak apabila semakin banyak huruf dipotong untuk mempercepat pemahaman.


*TQ kali ni pelik sikit tapi bolehlah dan cerita ni akan bersambung

1.0 permulaan

BAGUS!!!ANDA MENGIKUT ARAHAN!!!
Pada zaman jawatan posmen amat popular satu ketika dahulu...
Bertimbun pengeluar kertas dan minyak wangi jadi kaya. Mereka ni sangat suka kalau ada budak2 jumpa mereka dan beli produk mereka. Selain itu, kumpulan pengipas pulak semakin popular apabila mereka dapat menangkap surat2 yang ditulis dalam bahasa ala2 Shakespeare ni. Mereka akan mendapat pujian menggunung dari orang-orang skema yang cuba membentuk anak2 muda ini supaya menjadi seorang yang patuh dengan undang2 dan juga diharap mereka ni akan jadi seorang tukang hafal cerita-cerita yang dikarang dalam buku teks.

Ok...Saya terus terang cakap cemburu pada budak2 muda yang memang tukang hafal cerita-cerita buku teks sebab saya bukan budak yang boleh hafal buku-buku ni dan tiap2 malam kena ikat kepala dengan kain putih! Saya cuma seorang budak yang pakai line kiri jalan dan saya pedulik apa kalau saya tak tergolong dalam kumpulan mereka. Saya cemburu dengan mereka sebab mereka orang tengok tinggi. Hai, pandai diukur berdasarkan kemahiran menghafal buku....

Waktu tu sibuk kawan-kawan cakap pada saya untuk jadi seorang yang boleh duduk dalam makmal dan buat macam2 aktiviti comot yang merimaskan. Bakar telur yang tak dapat dimakan...Tengok gas dan cium bau gas...Bedah katak yang tak bersalah(ni saya tak pernah buat walaupun kena paksa)



Kepala saya akan pening kalau melibatkan kajian terhadap badan2,tengok2 otot, tengok2 tulang, kira benda yang serius tak nampak pakai formula macam2...SERIUS>>>Zaman tu saya rasa macam saya dah salah buat pilihan....Saya masih ikut arus waktu tu dan saya rasa kalau berenang mesti saya tak dapat punya sebab arus kuat sangat...

Satu hari saya fikir kalau saya terus macam ni saya tak akan dapat apa yang saya nak. Dalam kehidupan, saya amat meminati satu perkara pelik dan benda tu saya tak boleh buat dalam suasana yang dipenuhi oleh zombie yang mengatakan mereka betul kalau terus mengikut jalan kanan...Saya tak salahkan mereka sebab saya sendiri tak tahu saya patut duduk kat jalan kiri atau kanan...Pening...Sebab ada antara mereka yang berjaya dan seronok dengan dunia mereka dan tak kurang pulak yang jatuh dalam satu gaung yang gelap...

Keputusan saya buat hari tu? Saya bukak laman maya dan saya katakan bahawa dalam hidup saya perlukan satu yang baru. Dan dalam laman maya tu saya pilih satu kursus yang orang kata tak ada masa depan. Ini tindakan berani dan saya yakin dengan apa yang saya buat sebab saya dah tak tahan nak hadap buku tebal2. Saya dah tak tahan nak pergi ke makmal yang mana tempat tu sangat comot sampai pening dan rasa nak muntah...Dan saya tak nak dah pakai baju yang sama warna, seluar yang sama warna dengan kawan-kawan lain sebab baju ni kalau dah kotor nampak sangat kekotoran.

Ok...Saya dapat surat tawaran kata saya perlu pergi ke barat kepulauan tempat saya tinggal untuk saya melalui ujian yang berat sebelum saya layak untuk pergi ke satu tempat yang saya cita2 sangat nak pergi tu. Ayah saya sokong saya dan katanya...Pilihan di tangan saya...Buatlah apa pun. Saya pergi dengan ayah saya waktu tu dengan tak tahu adakah saya akan boleh buat atau tidak sebab saya tengok kat TV mereka ni kena lanyak macam2 sebelum berjaya masuk ke satu tempat ni....Saya bawak apa? Nasib baiklah saya ada bawak sijil2 yang saya dapat waktu saya jarang datang sekolah dulu.


Datang je bilik ujian. Saya ditanya macam-macam. Serius waktu tu saya kurang ilmu. Saya cuma ada tahu sedikit riview yang ditulis dalam buku2 yang saya suka beli waktu kat sekolah dulu. Ah hantam sajalah! Saya tahu saya yakin...Dan semua soalan yang ditanya saya boleh jawab dengan baik. Tak ada satu pun soalan yang saya jawab salah...HAHAHAHA...

LALALALALALAL....hmmmm bahagian ni agak bosan.....SAya skip cerita ni...dan korang boleh baca kat bahagian yang korang tak baca kat atas tadi...(kalau korang ikut arahan)

2 comments:

Sir Hady Jupaz said...

Walid, ni url baru blog aku,

akuhady.blogspot.com

walid ali said...

ok tq...sy ada add