Post Page Advertisement [Top]

Sinopsis
Teater ini mengisahkan mengenai perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan di sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni.

Mereka membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka.

Sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. Mereka akhirnya memutuskan untuk mementaskan satu teater tentang kehidupan mereka.



KOMENTAR
Cerita ini telah disusun dengan idea2 yang kemas dan kekemasan dalam pengolahan cerita ini menyebabkan teater ini sebagai satu teater yang menyampaikan falsafahnya secara berhati-hati dan sangat baik. Walaupun plotnya disusun secara tidak teratur namun, pengolahan dalam gubahannya telah menyebabkan saya sebagai penonton merasakan saya seperti menjamah makanan pelbagai rasa, pelbagai jenis tetapi saya tidak muntah sebab rasanya sedap. Kematangan karya Fasyali kali ini telah memperlihatkan Fasyali telah berada dalam satu tahap seorang pengkritik bijak dan diadun dengan unsur-unsur remaja lebih menjadikan karya ini sebagai satu karya lapisan yang tenang dan tidak merimaskan.

Fasyali telah bertindak untuk mempermudah dan terus mempermudah segala masalah yang serabut dan berjela-jela dalam karyanya dan diadun dengan estetik dalam pengarahan sehinggakan saya dapat merasakan bahawa karya Fasyali bukanlah karya yang ego (maksud saya terlalu memberi banyak falsafah sampai penonton mula menekan-nekan pen mata bulat atau bercakap-cakap semasa pementasa pasal makanan apa yang patut mereka makan selepas persembahan). Tidak terjadi kejadian-kejadian seperti yang dinyatakan dan penonton terus mengikuti perjalanan cerita ni tanpa bosan! Satu pencapaian dalam pengarahan yang baik. Dalam karya ini ada falsafah tapi tidaklah sampai membuatkan orang rasa nak muntah sebab dibawa dalam gaya ringan dan sipi-sipi.

Pendekatan yang dibawa oleh Fasyali ternyata sesuai untuk digunakan dalam karya-karya pasca modenisasi apabila masyarakat sekarang ialah masyarakat yang bergerak pantas. Kita melihat kepada aspek budaya dalam masyarakat. Ceritanya begini...Budaya masyarakat sekarang lebih meminati karya-karya yang tidak ditulis secara terlalu berahsia dan berbunga-bunga cukuplah dibawa dengan pendekatan mudah dan tidak memeningkan. Kita ambil budaya penulisan...Kebanyakan masyarakat pada masa sebelum wujudnya sistem mesej singkat (SMS) lebih suka untuk menulis dalam keadaan panjang menjela-jela kerana surat hanya dapat dihantar sedikit dan akan lebih lama balasan terhadap surat itu berbanding zaman sms yang mana mesej dapat dihantar secara pukal dan lebih cepat. Budaya ini telah menjadikan masyarakat kini lebih suka untuk menerima karya-karya yang mempunyai falsafah yang disampaikan secara mudah.

Ada antara penggiat dalam bidang teater menyatakan bahawa karya sebegini tidak patut diangkat sebagai satu karya teater kerana pada mereka falsafahnya seperti mudah dan main-main. Saya tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana pada saya kita perlu mengikuti tahap dan minat semasa dan saya ulangi karya ini bukanlah karya yang ego tetapi satu karya yang boleh mengikuti arus zaman dan yang paling penting karya ini bukan berada dalam situasi kenosis.

Pada saya falsafah yang wujud dalam pementasan ini telah dibawa dalam unsur-unsur satira yang saya tak tahu samada sarcastic yang dibawa oleh karektor-karektor yang wujud. Karya itu sendiri masih menerima teater sebagai satu kesenian tetapi bukanlah terlalu seni dan bukanlah terlalu pergi jauh ke arah hiburan semata. Lambakan karya-karya yang tidak berkualiti mula mendapat perhatian oleh penulis karya ini.

Hal ini terjadi dalam beberapa pentas-pentas teater dalam negara. Penggiat teater kini mula dilihat seperti lebih mementingkan aspek komersial berbanding perkara yang ingin disampaikan dalam karya. Unsur-unsur pop culture yang tidak terlalu penting dalam karya-karya teater inggeris juga mendapat perhatian dalam naskhah Juta-Juta ini. Penggunaan bahasa yang kurang elok mula menjadi pelaris kepada karya-karya kurang berkualiti dan perkara ini diminati oleh orang ramai dan saya pernah melihat karya-karya sebegini. Lebih banyaknya mencarut dari isi yang ingin dibawa...jadilah karya teater yang lebih dekat kepada satu selsema yang digelar selsema ba**. Kebijaksanaan Fasyali dalam mengadun kritikan ini telah menyebabkan saya merasakan karya ini memang benar-benar menarik.

Situasi graduan seni persembahan pula diperlihat dalam karektor adik beradik Lekir,Lekiu dan Kasturi. Mereka ialah kumpulan yang tidak dapat masuk ke dalam istana memandangkan Hang Tuah mempunyai rahsia dengan Sultan yang mengalami masalah angin pasang. Signifikan kepada permasalah graduan ini diperlihat apabila mereka hanya mampu memancing di luar istana itupun susah kalau pengawal tahu. Begitu juga yang terjadi kepada graduan seni persembahan. Mereka tidak dapat memasuki satu pentas yang lebih besar apabila mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan nama mereka tidak gah seperti mereka yang berada dalam istana.

Pengurusan telah mula dikritik apabila terdapat pusat pengajian yang hanya mengeluarkan graduan seni persembahan tetapi yang tinggal dan bertahan dalam teater boleh dikira dengan sebelah jari. Hal ini seterusnya menyebabkan penggiat-penggiat muda yang berilmu dan berbakat ini menumpukan untuk mencari nama di luar kawasan yang dipenuhi oleh mereka yang sudah mempunyai nama yang gah.

Sikap juga dikritik apabila kita mula diserang oleh zombie...(hahahahaha macam pernah tengok show ni!)....Masyarakat yang mula mengikut akan bertindak seperti zombie. Tidak mempunyai perasaan. Bergerak secara perlahan dan dikawal oleh sistem dan hanya ada satu antidote iaitu subsidi.

LAGI...
Set yang telah bertindak sebagai set yang praktikal. Ini merupakan satu kerja realism suggestion yang terbaik oleh graduan seni persembahan pernah saya lihat. Pendekatan sebegini amat sesuai untuk digunakan dalam ruang kecil dan menekankan minimalist yang diminati oleh Fasyali sendiri. Banyak pelajar dan graduan berfikiran malas dalam pengarahan dan juga sinografi apabila kebanyakan set yang pernah saya lihat sebelum ini terlalu suggestion sehinggakan penonton tidak faham akan apa yang cuba disampaikan melalui visual set. Ini tidak berlaku dalam Juta Juta memandangkan set yang digerakkan oleh pelakon dalam karya ini boleh difahami dengan mudah dan tidak membuatkan saya tertanya-tanya apakah set yang saya sedang lihat.

Pencahayaan lebih menjurus kepada aspek mood dan dapat diperhati bahawa pencahayaan yang dibawa oleh sinografer sangat baik sehinggakan saya merasakan bahawa saya sedang melihat satu karya yang berkualiti. Mood dan juga situasi yang sesuai dalam pencahayaan ini memperlihat bahawa Azhar telah bertindak dengan baik dalam rekaannya.

Fasyali ternyata masih kekal dengan pendiriannya apabila dia mula menyatakan sekiranya persembahan ini ditambah unsur muzikal pasti persembahan ini akan kelihatan janggal dan menjadi bahan ketawa. Hal ini diperlihat melalui lakonan gerak tari dalam nyanyian yang kelihatan sumbang dan seterusnya memperlihatkan juga bahawa bukan semua karya boleh dibuat muzikal. Ini satu kritikan yang baik.

PENAMAT?
Karya ini merupakan karya muda terbaik pernah saya lihat setakat ini. Falsafah yang dibawa secara humor dan berkesan telah menjadikan saya sebagai seorang penonton yang berfikir sambil menonton....

*Ini berjuta-juta kali lebih baik dari Muzikal Dobi dan karya-karya di Keraton Seni...Siapa tak tengok show ini memang sangat2 rugi...

No comments: