expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Monday, September 5, 2011

Zombie Kampung Pisang




Zombie Kampung Pisang...

Bercakap pasal zombi ni semalam dan hari ni ada satu soalan ditanya kat saya. "Kenapa waktu hari merdeka tak ada cerita kemerdekaan?". Saya cakap...Adalah!!!....orang tu tanya lagi "Ok kalau ada cerita apa?"

ZOMBIE KAMPUNG PISANG

Dia gelak2 dengar jawapan saya. "Tak logik! Mana ada cerita tu cakap pasal merdeka? Tak ada nilai2 nasioalisme! Tak ada cerita pasal orang kita lawan penjajah...Tak ada cerita pasal kita kena jajah"

"Ada...Korang je tak perasan...."

Zombie Kampung Pisang kalau kita tengok pada satu lapis memangla untuk sekadar hiburan...Tapi kalau kita kupas2 cerita tu...Banyak benda boleh kita dapat...

Kawan saya tu masih tak puas hati..."Dahlah. Kau memang mengarut!"

Ok saya buktikan!!!
Tapi sebelum tu saya bagi terang sikit-sikit dulu...
Zombie Kampung Pisang ialah kritikan sosial tentang penjajahan baru...Sekarang banyak cara penjajahan macam ni...

1)Zombie Kampung Pisang mengisahkan tentang satu serangan zombie kat satu kampung. Zombie tu hantu orang putih. Pasal apa pengarah tak letak je hantu2 yang memang dekat dengan budaya kita? Pasal apa zombie jugak dipilih? Kan banyak hantu-hantu lain boleh dipilih? Sebab...Serangan zombie tu ialah serangan budaya luar terhadap budaya kita...Itu terjadi sekarang...

2)Zombie2 ni dia makan otak orang yang IQ tinggi!!!IQ rendah memang akan selamat...Maksudnya penjajah ni meracun otak orang2 yang pandai sebab orang yang ada SPM (bak kata Hussien) ni memang lebih baik diracun sebab mereka yang akan menentukan apa yang akan terjadi dalam satu2 kawasan dan mereka disanjung tinggi...

3)Siapa yang selamatkan Kampung Pisang? Orang2 yang berIQ rendah dan tidak menjadi zombie...Mereka ni orang2 biasa yang tak ada apa2...Cuma ada semangat untuk berlawan walaupun sikit dan mereka ni lebih berguna daripada orang yang jadik zombie tu.

Kawan saya tu diam dan dia mula tutup mulut saya..."Dahlah tu. Aku tau makin banyak kau sebut kalau kau terus cakap...Aku rasa bengong hari ni"

Dan...dalam hati saya cakap...Kalau kita sensitif banyak benda boleh kita cakap, banyak benda yang tak kita sangka boleh kita cakap secara ilmiah...

*Mamat Khalid perlu buat cerita macam ni lagi

No comments :

Tajaan