Post Page Advertisement [Top]

SENARIO, SEPAH dua entiti berbeza.....




Dalam minggu ni...Bertimbun orang cakap wish selamat hari raya. Memang menarik dan dapat dijangka bila perkara ini berlaku. Tapi isu yang saya nak cakap kali ni bukan pasal hari raya...

Pasal satu kumpulan lawak yang terkenal dalam negara. Sepah...Mereka dikatakan bubar,pecah atau membawa haluan sendiri. Walaupun isu ni dah lama dibincangkan sejak mereka menang Raja Lawak musim ketiga tapi perkara ini surut balik sehinggalah tamat Maharaja Lawak...Selepas tamat Maharaja Lawak mereka macam masih mempunyai rasa untuk meneruskan kumpulan ni dan isu tu surut semula...Sehinggalah dalam minggu ni isu ni datang balik.......Sampai saya tak tahu cerita ni betul atau tidak.

Hailah Sepah...Pada sayalah...Situasi Sepah ternyata berbeza berbanding kumpulan Senario...Kumpulan Senario dijaga dengan sangat rapi oleh TV3 sehingga hari ni. Walau macam mana sekalipun jenama Senario masih kekal di TV3. Sebab mereka diberikan satu tanggungjawab untuk menjayakan satu sitkom mingguan yang diberi jenama Senario dari awal penubuhan Senario sehinggalah sekarang.

Sepah walaupun mereka mempunyai rancangan mereka sendiri iaitu Gelak Khas tetapi rancangan ini seolah-olah tiada kesinambungan mungkin sebab pihak Astro perlu memikirkan akan kumpulan pelawak yang lain...Ya seperti semua maklum...AStro ada terlalu ramai artis dan banyak saluran tv...Ada juga beberapa siri komedi seperti Bujang Sepah tetapi perkara ini tidak menjamin Sepah untuk mampu menjadi seperti kumpulan Senario.

Senario dibentuk dengan komedi-komedi yang lebih kepada komedi-komedi berbentuk ringan,lebih banyak kepada aksi dan juga setiap dari mereka yang berada dalam kumpulan Senario ni kita dah dapat teka apa yang bakal mereka buat (mungkin sebab Senario dah lama sangat kot). Berbeza dengan Sepah yang mementingkan lawak-lawak berunsur kasar,diselitkan sindiran dan juga lebih kepada unsur kemelayuan dalam setiap persembahan.

Itu dari aspek elemen yang dibawa. Senario masih mendahalui Sepah apabila Senario dah mempunyai banyak album. Banyak dah lagu yang mereka nyanyikan dan kali terakhir saya mendengar lagu baru mereka ialah pada tahun 2006. Lagu mereka dengan Adibah Noor tu...Entah saya tak ingatlah tajuknya tapi...Macam yang saya cakap tadi Senario dah mempunyai banyak album, banyak lagu yang mereka nyanyikan sampai buat tour bagai sampai ke Singapore. Sepah pula tidak mempunyai album. Mungkin sebab situasi semasa yang mana keadaan orang kita yang suka memuat turun data dari internet. Mungkin sebab itu mereka tak buat album. Dan ini terus menyebabkan Sepah hanya dikenali melalui lagu-lagu tema setiap drama komedi mereka.

Itu album. Filem? Senario dah buat 10 filem. Itu satu pencapaian yang hebat...Dengan 5 pengarah berbeza...Ternyata jenama Senario walaupun tidak seperti zaman 90 an dulu dan awal millennium masih dikenali dan masih ada yang percaya bahawa produk Senario boleh dibawa dalam medium yang berbeza. Sepah pula tidak mempunyai filem. Tapi tak adil kalau saya cakap Sepah tidak disunting dalam filem sebab Senario perlukan masa selama 3 tahun untuk dapat peluang berlakon filem dan Sepah baru 2 tahun dalam industri.

Cakap pasal asal usul? Senario berasal dari satu program realiti bakat yang popular pada ketika itu iaitu Sinaran Passport Kegemilangan...Yang mana finalist pada ketika itu digabung untuk menjadi satu kumpulan pelawak dan nama asal kumpulan ini ialah Senang Riuh dan nak menyedapkan bunyinya digelar sebagai Senario... Mereka ialah Farouk Hussien, Shamsul Ghau-Ghau, Azlee, Wahid,Mazlan, Illya dan Hamdan... Senario bermula dari 7 orang ahli dan seterusnya Shamsul dan Farouk keluar menjadikan Senario menjadi kumpulan komedi yang dianggotai 5 orang dan seterusnya Illya dan Hamdan keluar dan diganti oleh Saiful Apek. Kehadiran Yassin telah menjadikan kumpulan Senario terus popular dan kombinasi kelima-lima mereka ini telah menjadikan Senario kumpulan pelawak popular. Keluarnya Apek dan Yassin menjadikan Senario tinggal 3 orang sahaja tetapi peliknya...Kumpulan ni masih bertahan lama.

Sepah pula berasal dari satu kumpulan yang menyertai pertandingan komedi yang dianjurkan oleh Astro dan kewujudan kumpulan ini dalam industrin telah menyebabkan beberapa pihak menyatakan bahawa kumpulan ini mempunyai unsur-unsur komedi yang dibawa oleh Do,Re dan Mi dan juga ada unsur-unsur komedi zaman A.R Badul. Dan sejak ditubuhkan mereka masih mempunyai ahli seramai 3 orang semuanya...Jep,Mamat dan Shuib...Mereka mengorak langkah dengan membuat pelbagai drama yang berkaitan dengan kumpulan mereka dan terdapat dua yang sinonim Bujang Sepah dan juga Gelak Khas.

Apapun...Pergolakan memang selalu terjadi dalam satu-satu kumpulan dan untuk merapatkan semula biasanya dengan menyatukan mereka dalam satu-satu rancangan dan situasi ini tidak berlaku dalam dalam kumpulan Sepah...


No comments: