expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Friday, March 30, 2012

Robot Aneh satu kisah

Kelihatan Zam dan Nur sedang duduk kat taman.  Mereka berdua sedang sama-sama tengok langit yang gelap.  Cuma ada bintang yang berkelip-kelip.  Kalau dalam kartun dah dengar dah bunyi cing tu.  Sedang mereka berdua duduk sambil tak cakap apa-apa Zam memulakan cerita.

"kau tahu malam ni aku nak cakap sesuatu dengan kau."
"apa dia?"  Nur mengharap yang amat.
"kita ni dah lama dah couple."
"jadi?"
"mm...apa kata kalau..."
"apa?"
"alah kawin"
"susahla."
"sebab"
"kita kan tgh study.  Duit pun tak da."
"duit boleh cari"
"pastu nak bagi NUR makan apa?"
"kita makan apa yang ada"
"orang laki camnilah"
"pasal apa plak"
"tak pernah pikir jauh.  Kawin bukan benda senang Zam"
"kawin just kena ada mas kahwin je kan?  kena ada saksi...pergi kursus...isi borang kahwin"
"hantaran?"
"bukan penting pun"
"dahlah Zam.  Tak sukalah cerita kahwin-kahwin ni.  rimas"
"Nur."
"cakap lagi.  Nur balik."

kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat.  keadaan mula gelap gelita.  Kedengaran bunyi NUR gelabah dan kedengaran ZAM mula menenangkan NUR. Lampu yang tadinya gelap mula bercahaya balik.  kelihatan  satu figura aneh seang baring dan figura itu berdiri.  ZAM dan NUR mula takut dan berlari ke belakang pokok.  Figura itu menguntum senyuman kat mereka dan memujuk mereka untuk ke arah dia.  seolah-olah figura itu nak cakap sesuatu.

"er,...tak payah lari..."
ZAM dan NUR keluar dari tempat sembunyi dan senyap.
"aku bukan orang jahat.  Sekarang ni tahun bila?"
"2012"  ZAM mula bercakap dalam keadaan takut.
"Syukur...Aku MAN. seorang cyborg dari tahun 2200.  Aku datang ni tadi pakai portal masa yang tuan aku buat untuk aku.  dia kata dia nak selamatkan aku sebab Malaysia waktu tu nak kena serang nuklear...jadi dia suruh aku lari ke zaman lampau.  2012 kan? Malaysia?"
"ha'a betul." Zam mula kelihatan selesa
"Kau bukan hantu kan?" Nur menyampuk
"Aku seorang cyborg."
"cyborg tu apa?" Nur pening tapi berani bertanya
"robot yang menyerupai manusia.  aku separuh robot dan separuh manusia.  Er...cik..."
"ZAM"
"aku sekarang ni tak tahu nak buat apa.  Cuma mintak tolong boleh?"
"apa dia?"
"boleh tumpang kat rumah kau tak?"
ZAM mengangguk tapi masih ragu-ragu.  Kelihatan NUR membisikan sesuatu.
" Tak palah.  Tapi aku risau."
"tak payah risau.  pandailah aku jaga diri.  aku pun macam manusia sikit.  pandai berbohong.  Boleh kan?"
"mmm.  Oklah.  Tapi ada banyak benda aku nak cakap dengan kau ni"
"kita cerita kat rumah jelah."

ZAM memandang NUR dan NUR memandang ZAM.  Mereka berdua masih kelihatan serba salah tapi mereka masih berseuju untuk bawa robot tu ke rumah ZAM.  Banyak benda nak kena tanya.  Jadi mereka bertiga mula keluar dari taman tu.  Menuju ke rumah ZAM.  dan bermulalah hidup robot tu tadi di rumah ZAM pada tahun 2012.

2 comments :

Elih Japahar said...

Robot? ahaha..mcm cerita filem pulak ni..

Follow u back here..

Abdul Walid Ali said...

hahaahh....ni buat versi cerpen kontot...tq follow

Tajaan