Post Page Advertisement [Top]

Baiklah. Cakap pasal kumpulan komedi. Aku masih meminati Senario. Senario pada aku satu sejarah, satu lejen, satu apa macam lagi. Sebab aku dari kecik dilawakkan oleh derang ni. Tak macam budak sekarang yang dilawakkan oleh geng2 Raja Lawak...Sepah, Jozan, Jambu, Boboi...

Zaman aku kecik dulu mak aku ada beli kaset album first dia...hah gembira bukan main...Tapi...Dah susah dah tengok Senario sekarang... Kalau x dulu tiap minggu malam2 tunggu depan TV3 sbb nak tgk Senario. Skrg ni da byk dah grup2 baru yg membuatkan populariti mereka jatuh...Jozan pegang carta dalam kumpulan budak2 muda, Sepah (skrg Sepathtu) byk gak orang suka sbb tu derang menang Maharaja Lawak...

Zaman Senario pada aku ialah pada zaman kebangkitan Aziz M.Osman. Pada aku idea giler2 Aziz pada waktu ni telah menyebabkan dia mengarah hampir semua movie Senario.  Ternyata Aziz masih fresh waktu tu...Senario the Movie, Senario Lagi, Lagi2 Senario, Senario Pemburu Emas Yamashita, Senario XX...(ni movie Senario yang diarah Aziz ye...bukan semua) Rekod Aziz utk Senario memang Cemerlang!!!









Senario kat tv sekarang agak lemah jalan cerita dia...lawak pun dah kurang dah...mungkin sbb penulis skrip derang dah x da idea..kalo nak kata lawak mereka tiga orang ni masih lawak. Senario perlu lawak baru...huhuhu


Oraet...ni sikit data pasal Senario yg sy dapat...


Ahli awal
Wahid
Lan Pet Pet
Azlee Jaafar
Farouk Hussein
Shamsul Ghau Ghau
Ilya
Hamdan
Saiful Apek
Yassin Yahya

yang tinggal
Wahid
Lan Pet Pet
Azlee

Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995, di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.

Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan.

Sejarah

Kumpulan Senario ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan 7 peserta Sinaran Pasport Kegemilangan. Nama Senario diambil dari idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama "Senario" pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan. Ternyata sitkom itu mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.
Pada 1999, kumpulan ini mengembangkan sayap ke layar perak dengan pengeluaran filem pertama mereka Senario The Movie.


Album
Senario
Senario 2
Senario 3 - Seantero
Senario 4
Senario 5

Filem 
 Senario The Movie (1999)
Senario Lagi (2000)
Lagi-Lagi Senario (2001)
Lang Buana (2003)
Senario XX (2005)
Senario Pemburu Emas Yamashita (2006)
Senario The Movie : Episod 1 (2008)
Senario The Movie : Episod 2 - Beach Boys (2009)
Senario Asam Garam (2010)
Senario The Movie Ops Pocot (2011)




*sampai sekarang aku masih x dpt tgk rakaman Senario scr live sbb x tau bila tarikh dan masa rakaman dia...huhuhuu

No comments: