expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Thursday, November 1, 2012

Awek Cadburry

Hari ni aku menjamah lagi cadburry. Pada aku coklat tu macam dadah. Lebih kurang rokok pada aku. Aku tak merokok so, mungkin coklat ni ganti pada sifat ketagihan manusia untuk menenangkan diri. Pada ketika aku mengambil bahagian terakhir coklat black forest tu, aku rasakan yang aku memerlukan coklat black forest u. Aku amat perlukan sebab dalam masa setengah jam lagi ialah rancangan Dr.House! 

Jadi aku mencapai wallet aku untuk mencari mungkin beberapa ringgit untuk membeli cadburry black forest  ang aku minat tu. Tapi, bila aku bukak wallet langsung x ada duit. Yang ada cuma resit2 bank yang lepas dan kad2 yang kawan2 aku bagi. Ah! Nilai wang dalam bank aku tinggal 12 ringgit. Jadi, kad bank aku tu ternyata tidak bernilai pada saat ini. 

Mengapa untuk mendapat sepapan black forest ni susah? Aku tengok jam kat tv tu...mmmm 20 minit lagi. 20 minit lagi Dr.House! Ah lantaklah! Aku lebih memerlukan black forest aktu ni. Aku kena keluar pinjam ke curi ke black forest ni. Aku boleh mati kalau x de coklat papan cadburry black forest .

Aku mencapai kunci rumahku. Aku nak keluar dari rumah ni dan keluar mencari black forest tu. Aku mesti dapatkannya. X kisahlah mencuri atau apapun! 

Dalam perjalanan aku untuk membeli black forest itu, aku terjumpa seorang awek yang sedang sedap makan black forest. Aneh, ada awek cantik makan black forest dan duduk di bas stop. Apa yang anehnya? Aku tak tahu apa yang aneh, tapi aku rasa aneh. Dalam hati aku pada waktu tu bercakap yang inilah peluang untuk aku mintak black forest dari dia. Coklat yang aku idam-idamkan 15 minit yang lepas.

Jadi aku duduk di sebelah dia dan berlakon seolah-olah aku sedang menunggu bas. Dia memandang aku. Wajah asianya membuat aku terpegun. Wajahnya iras-iras artis korea setelah menjalankan pembedahan plastik. Aneh, gadis secantik ini menunggu bas. Biasnya mereka akan menggunakan mini cooper
"dari mana?" aku bertanya.
"PJ"
"Oh"
"Nak pergi mana?"
"Keluar"
"Oh"
"Ke mana?"
"Kan dah cakap tadi keluar" dia mula membuat muka yang kurang menyenangkan. Mungkin dia malas nak layan aku.
"mmm...Buat apa je?"
"Keluar."

Ah jawapan yang sama lagi. Dia seolah-olah benar-benar memberi isyarat agar aku perlu pergi.

"naik apa?" ah bangangnya soalan ni?
"bas. Kan dah duduk kat bas stop ni." kan dah cakap. Soalan aku tadi bangang.

Dia masih tidak memandang wajah aku. Siallah. Apa salah aku? Just tanya-tanya soalan terus nak emo. Aku makin tak faham dengan perempuan. Dalam masa yang sama, bas yang awek tu tunggu tadi sampai. Dia mula menaiki bas dan memandang aku. 

"Tak naik?"
"Tak."

"Awak nak?" dia menghulurkan coklat. Aku hampir terlupa! Aku nak mintak black forest bukan nak mengorat dia ni. Aku mengambil coklat itu dan awek itu mula memberi senyuman.
"terima kasih"

"Nanti jangan buang black forest tu. Simpan"

Awek itu memberikan kata-kata nasihat yang tak logik pada aku. Aku nak black forest an kenapa pula aku perlu menyimpan coklat ini? Awek itu mula hilang dari pandangan. Bukan hilang jadi hantu ke apa. Hilang dari pandangan sebab dia dah masuk bas tu dan bas tu dah bergerak.

Pesanan terakhir awek tu tadi masih aku rasakan tak logik. Jadi aku ingin teruskan niat aku untuk makan coklat black forest yang dia beri. Waktu aku nak makan, aku terlihat satu kertas kecil yang diselotape dengan kemas pada coklat itu....
"Hye, nama saya Mia. 017 - (ni x leh tunjuk nanti orang call). =)"

Dia meninggalkan nama dan no. telefon dan juga simbol senyum...

Mungkin aku patut naik bas tadi~ 

2 comments :

cweet pinky said...

wah , lelaki penggila coklat , ohsem :D

Walid Ali said...

hahahaha...sedap, kalo dapat hari2 jad gemok pun x pa

Tajaan