expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Monday, April 1, 2013

mungkin ini cuma mimpi

Sekali lagi dia datang. Kali ini dia berpakaian warna merah jambu, cekak rambut merah jambu corak polka dot. Rambut lurus kemas panjang paras lepas bahu seperti membuat dandanan rambut di salon. Dia datang dalam satu watak yang aku rasa menarik. Menjadi seorang perakam gambar. Dia kelihatan manis dengan watak itu namun aku rasa kurang sesuai kerana pakaiannya kelihatan amat kontra dengan kerja yang dia sedang lakukan. Pada aku pakaian itu lebih sesuai untuk dipadankan dalam satu temu janji yang bersifat kasual. Mungkin bertemu di taman atau sekadar jalan-jalan di shopping complex.

Aku bertemu dia dalam satu kenduri yang aku tidak tahu tetapi pada aku ia lebih kelihatan sebagai satu kenduri doa selamat. Dia duduk di sebelah kanan aku. Sesekali aku memandang dia. Dia memegang kamera di tangan sambil mengambil peluang untuk mengambil gambar-gambar yang cantik. Aku cuba untuk mengeluarkan ucapan hai atau seumpamanya tetapi mulut aku lebih suka membisu.

Dia memandang aku juga. Kali ini kami bertentang mata. Moment jeda ini terasa sengaja tercipta untuk kami. Aku tak perlu untuk berlanggar dengan dia dan seterusnya menjatuhkan barang-barang dan mengutip barang itu dan baru bertentang mata dengan latar belakang lagu romantis. Itu klise' drama melayu dan juga novel-novel tulisan arus perdana.

Kami langsung tidak bercakap.

Mungkin sebab aku tahu ini cuma mimpi... dan aku akan bangun tak lama lagi

3 comments :

Green Amila said...

semoga mimpi menjadi kenyataan.. :)

Farra Kikibum said...

slamat bermimpi lagi..

Walid Ali said...

green amila : semoga menjadi nyata

fara: nunggu second part

Tajaan