Post Page Advertisement [Top]

M.Butterfly merupakan satu produksi teater yang dibawa oleh kumpulan penggiat teater yang menggelarkan diri mereka sebagai Rumah Anak Teater. Kumpulan ini banyak menjalankan persembahan teater dan mempunyai pengikut sendiri dalam membawa kumpulan mereka dan biasanya pengikut mereka berjiwa radikal. 

M.Butterfly sepertimana teater-teater yang dipersembahkan oleh Rumah Anak Teater masih mengupas isu sosial dan juga perkembangan masyarakat. Dalam persembahan ini persoalan tentang percintaan diplomat Perancis iaitu Bernard Boursicot (lakonan Benji) dengan seorang ajen rahsia China, Shi Pei Pu (lakonan Naqiu).

Shi Pei Pu merupakan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita dan perkara yang menjadi persoalan utama dalam kehidupan mereka berdua ialah bagaimana Pei Pu bijak menyembunyikan identitinya sebagai seorang lelaki dan dalam visual Boursicot dia ialah seorang perempuan. 

Persembahan ini membawa gaya persembahan yang berkonsepkan "readers theatre" iaitu persembahan teater yang dilakonkan oleh pelakon tanpa menghafal skrip dan berlakon sambil membaca skrip. Dalam persembahan ini pelakon menggunakan vokal untuk menyampaikan ekspresi dalam membantu penonton faham jalan cerita dan mengelak elemen visual penceritaan seperti set, kostum dan blocking yang banyak. 

Persembahan teater sebegini mula popular pada ketika perang dan biasanya persembahan teater ini bertujuan untuk mengelak daripada menyampaikan mesej secara jelas dan memberi penerangan berdasarkan pemahaman penonton dengan memahami maksud tersirat berdasarkan penyampaikan mereka. 

Walaupun "readers theatre" dilakonkan dengan skrip ini tidak bermaksud pelakon tidak perlu menghafal skrip. Pelakon perlu menghafal skrip dan menyampaikannya secara lakonan seolah-olah mereka membaca skrip. Dalam membawa lakonan sebegini, pembawaan watak secara natural amat diperlukan. Emosi, gaya dan pergerakan pelakon perlu bersifat natural. Lakonan Benji, Mislina dan Naque baik dan boleh dilihat sebagai lakonan yang natural. Namun begitu, Naque dalam beberapa keadaan hilang dari sifat natural itu dan seterusnya menyebabkan dia kehilangan karektornya yang natural. Ini seterusnya menyebabkan persembahan lakonannya sedikit terganggu. Walaupun perkara ini terjadi, namun Naque tidak membawa kecacatan ini sepanjang persembahan dan kesilapan ini cuma berlaku dalam beberapa keadaan. Ini memperlihat bahawa Naque masih seorang pelakon yang bagus. 

Persembahan teater ini lebih memberi tumpuan kepada penyampaian idea dan menyebabkan persembahan kurang memberi perhatian kepada elemen-elemen lain seperti set, kostum dan juga pencahayaan. Persembahan ini lebih kelihatan kepada penyampaian yang dijalankan oleh Mislina dan juga watak-watak yang lain. Mereka membawa setiap idea dan mengurangkan setiap elemen berlebihan. Kita seperti melihat satu penyampaian tetapi kita faham bahawa persembahan ini merupakan satu persembahan teater.

Dalam beberapa adegan kelihatan seperti watak-watak yang dilakonkan ini bermain-main dan bermain alienasi dengan dunia lakonan mereka. Perkara ini dapat dilihat apabila pelakon-pelakon mula mengambil gambar sendiri atau tidur di atas pentas semasa berlakon. Pengarah menonjolkan lakonan mereka dengan menolak setiap watak perlu terus kekal dalam lakonan dan memberi perhartian kepada mesej yang ingin disampaikan dengan mencadangkan lakonan-lakonan ini. Ini menjadikan persembahan teater ini kelihatan lebih natural dan lakonan seolah-olah tidak berlakon.

Pada era pasca modenisasi ini pengkarya banyak memberi perhatian terhadap idea berbanding elemen-elemen yang lain. Eksprimentasi karya oleh pengkarya-pengkarya ini juga banyak mempengaruhi gaya persembahan teater Malaysia dan dalam negara persembahan sebegini ditolak oleh penonton yang faham akan persembahan teater sebagai satu persembahan yang perlu dilakonkan secara berlebih-lebihan dan setiap elemen sinografi perlu diindahkan dan mereka menghadapi risiko terhadap penonton yang masih memegang pada konsep sebegini. 

Kesimpulannya, karya ini menyokong idea Appia iaitu setiap karya perlu memberi perhatian lebih kepada idea pengkarya sebagai pengkarya sebenar dan mengelak daripada penyampaian yang berlebihan berbanding penyampaian idea. Hal ini memerlukan sokongan daripada penonton dan biasanya penonton yang suka akan perubahan akan memilih idea sebegini merupakan persembahan teater yang menarik. Diharap pihak Rumah Anak Teater terus bereksprimetasi dengan karya dan gaya-gaya yang lebih segar supaya warna teater di Malaysia tidak terhad.

*Remy Ishak menolak untuk berlakon dalam teater ini kerana dikatakan sensitif namun begitu penulis merasakan bahawa Remy mungkin tidak faham bahawa teater merupakan seni persembahan yang banyak mempunyai genre, stail dan konsep...


1 comment: