Post Page Advertisement [Top]

Mendenger cengkerik menyanyikan lagu sepi terus menjadikan hati aku kurang sunyi. Tenang sikit daripada terus sunyi. Lagu nyanyian kumpulan cengkerik ini terus beralun namun bukanlah lama kerana diganggu nyanyian vokal kucing sebelah rumah.

Nyanyian cengkerik ternyata tidak segamat nyanyian kucing di sebelah rumah aku. Jauh lebih teruk. Mereka menyanyikan lagu pop sumbang dalam tempoh yang agak lama. Dari pukul 8 malam ini sehingga sekarang pukul satu pagi. Sangat lama dan satu penyeksaan yang nyata.

Aku cuba keluar dari rumah mencari sebarang hiburan yang ada. Jauh dari bunyi cengkerik dan kucing. Kaki melangkah turun tangga dan membuka pintu rumah. Di luar rumah aku memandang bintang yang sebelum ini tidak terlihat kerana jerebu. Sambil dilatari muzik lagu sempurna oleh jiran sebelah rumah yang memasang lagu ini kuat-kuat untuk membuktikan bahawa speaker rumahnya masih hebat aku memandang bintang. Kau memang ciptaan  INDAH.

No comments: