expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tajaan

Lazada

Lazada Malaysia

Monday, August 15, 2011

Mamat Budak Baik

MAMAT BUDAK BAIK



Mamat ada dua orang kawan rapat. Mereka ialah Johari dan Kudo. Mereka bertiga ni memang dari sekolah lagi kawan baik. Semua orang tahu mereka ni kawan baik yang boleh dikatakan tidak dapat dipisahkan. Buatlah apapun mereka bertiga memang tak dapat dipisahkan sehinggalah usia mereka mencecah 25 tahun apabila berlaku satu peristiwa yang tidak disangka-sangka dalam hidup mereka. Semuanya bermula daripada kisah Johari, errr nama Joe sekarang dah ditambah kat belakang.

Joe Rizal nama baru dia dan dia telah bertunang dengan seorang anak penjual kosmetik. Kisah hidup mereka ternyata bahagia sebagai satu pasangan kekasih. Namun, disebabkan beberapa masalah antara Joe Rizal dengan salah seorang wartawan hiburan terkenal telah menyebabkan namanya tercemar dan seterusnya menyebabkan berlaku salah faham antara dia dan tunang dia. Wartawan yang buat hal tu nama dia Siti Fazira Ahmad atau nama penanya CT Kepoh (kenapa kepoh? Bunyi macam tua pulak nama tu). Alahailah CT Kepoh buat hallah kat urusan rumah tangga orang.

Kawan Joe yang memang dia percaya ialah Mamat. Mamat ni seorang budak baik yang terlalu baik dan sekarang dia bekerja sebagai seorang kerani di satu jabatan kerajaan. Dalam mereka bertiga Mamat amat disenangi sebagai seorang pakar motivasi ala2 HM Tuah takpun Fadilah Kamsah.



Tapi diulang sekali lagi "Mamat ni terlalu baik" sampaikan dia berada dalam sitiasi dicintai oleh tunang Joe. Lagi satu, ada seorang lagi gadis yang suka kat dia. Dia ni seorang blogger yang terkenal gak dalam dunia hiburan. Nyata si Mamat ni disenangi banyak orang walaupun kerja cuma sebagai seorang kerani.

Gadis blog tu tadi sudi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Joe tapi Mamat mesti kawin dengan dia?



Kudo pulak....Er Kudo...Boleh saya sambung cerita ni hari lain tak?
Mana boleh bagitau semua kat sini....hehehe

Tajaan