Post Page Advertisement [Top]

Assalammualaikum semua. Macam mana dengan hari-hari ramadhan anda? Diselubungi masalah atau berlaku ketenangan dalam diri macam seolah2 semua salah,semua silap dimaafkan? Macam mana?

Bercakap pasal agama, banyak yang maha kuasa simpan. Dalam hal ini banyak perbincangan berlaku. Mesti dalam tempoh setahun anda akan berbincang tentang keagamaan. Tujuannya banyak. Kita tengok satu-satu. Ada yang bercakap gayanya ala2 orang yang mahir dalam agama tapi hakikatnya dia tak amalkan apa yang dia cakap. Bahasa pasarnya "cakap tak serupa bikin".

Dialah paling hebat dalam berdebat pasal agama. Penuh hadis,ayat Quran dia balun kat kita. Dan kita yang kurang ilmu ni diam dan mendengar kata-kata mereka tu tadi sama ada secara tekun atau ala kadar untuk mengambil hati kawan tu tadi. Anda dalam kategori ni ke? Kalau ya cepat2 tinggalkan sebab perangai ni boleh bawak riak. Tapi kalau tidak anda memang seorang yang sedar ruang. Sebab cakap tak serupa bikin ni...Majoriti orang tak suka dengar kecuali tukang kipas.

Tukang kipas ni satu lagi penyakit. Orang tu panas ke, orang tu sejuk ke dia tak ada kerja lain. MENGIPAS je. Hari-hari tukar kipas. Ada kipas saiz besar buat dari kertas, ada saiz kecik buat dari buku, ada tu pakai kipas elektrik je. Paling hebat, letak minyak wangi kat kipas lepas tu kipas kat kawan yang sorang tu. Rajin betul nak kipas orang. Rajin tu baik. Kipas orang pun baik. Tapi kalau dah kerap sangat payahlah.

Bercakap balik pasal orang yang cakap tak serupa bikin. Mereka ni memang amat-amat bahaya. Sebab? Mereka ni biasanya petah bercakap. Kalau lawan peguam mereka ni kira boleh jadi peguam bela orang yang ternyata bersalah dan boleh memenangkan orang yang ternyata bersalah tu tadi dalam perbicaraan. Hebat kan? Tapi rugilah. Sebab membela orang salah. Kat dunia yang satu lagi mereka nak jawab apalah agaknya.

Orang yang cakap tak serupa bikin ni ada satu lagi bahaya dia. Tadi saya ada cakap pasal tukang kipas. Ha, mereka pun tukang kipas jugak. Dengan menunjukkan bahawa dia mahir dalam bidang agama mereka akan menggunakan kelebihan ilmu dalam diri mereka ini untuk menjadi salah seorang pemenang anugerah bintang popular dan seterusnya menjadi seorang ahli sihir yang mampu memukau orang yang berada di sekeliling. Dengan ini kalau mereka buat silap sekalipun orang tak akan akan percaya. Sebab telah dikaburi oleh ilmu yang mereka ada tu tadi.
Bahaya...Bahaya...Ya kawan-kawan. Jadilah mereka yang bertindak dalam diam. Orang tak tahu pun kita ni banyak ilmu. Orang tak tahu pun kita amalkan ilmu. Sebab sikap macam padi. Makin banyak makin tunduk. Tak pun macam ubi. Sedar-sedar dah ada isi padahal kita tak nampak pun mereka tu macam mana boleh berisi sebab dalam tanah. Mana nak nampak tanah bukannya transparent.

Ilmu yang ada tu kongsilah dengan rakan-rakan yang ada tapi jangan cakap tak serupa bikin. Sebab berkongsi ilmu ni macam tanam pokok. Kita tabur benih kat tanah pastu akan membesar kalau dijaga dengan baik. Kalau pokok hiasan nampak cantik kalau sayur-sayuran sedap dimakan. Dan ingat anda lebih hebat dari orang yang cakap tak serupa bikin sebab anda diam anda amal lepas tu anda tak riak.

Salam ramadhan ya semua

No comments: