Post Page Advertisement [Top]

Nama saya Walid Ali. Saya mempunyai banyak sikap. Dan sikap ni berubah mengikut musim...

Asalnya saya seorang yang cepat marah...Salah sikit je terus nak mengamuk...Habis semua orang saya jerit...Dan Perkara ni berlarutan sehinggalah saya menjengah usia 20 tahun... Banyak benda yang saya fikir semula tak patut saya lakukan dalam kehidupan dan sikap cepat naik angin ni saya fikir perlu buang cepat2...Sebab faktor kesihatan....

Saya seorang yang mudah dihinggapi demam,sakit. Perkara ni mula kurang apabila saya bertemu dan belajar dengan seorang pensyarah kat fakulti saya. Dia banyak memberitahu tentang perkara yang saya perlu lakukan supaya saya terus berada dalam situasi yang sihat...(waktu ni saya selalu pitam dan pengsan....Darah tinggi selalu gak terjadi tapi tak banyak kawan tahu)

Ok. Terus terang saya cakap...Saya amalkan petua2 yang dia bagi dan saya add in dengan satu formula kesihatan iaitu hati mesti sentiasa senang dan jangan lupa Maha Kuasa...Masalah macam mana sekalipun kena hadapi dengan tenang...Buat macam tak ada apa-apa terjadi...dan sampai sekarang formula ni banyak membantu saya supaya tak berada dalam kemurungan yang seterusnya mempengaruhi pola kesihatan saya.

Kalau sekarang saya marah orang...Mereka akan gelak...Saya tak kesah sebab saya rasa ini lebih seronok...Saya tak perlu buat orang sakit hati dan komedi ala2 Sepah ni memang sangat seronok untuk dibawa...ahahahha


Yang pasti...Saya peminat karya Hong Kong yang formatnya "Mo Lei Tau"...(Mereka ni Stephen Chow dan Jackie Chan) dan karya sebegini membentuk kehidupan saya sebab memang dari kecik saya minat mereka berdua ni...Sampailah sekarang...

Hmmm....Rasa macam dah lari tajuk sikit tapi pedulik apa...Lampu merah dah kena langgar kalau polis kejar pun lari dulu baru bayar saman....Tapi saya TAK NAK RASUAH MEREKA...Biar bayar beratus saya tak kesah...

*Terlalu bosan

2 comments:

saat omar said...

Ohhh begitu ceritanyaaa....

walid ali said...

hahahah...lebih kurang la tu