Post Page Advertisement [Top]


Tragedi Salmah merupakan satu karya yang diangkat dari satu sisi pandangan terhadap kehidupan seorang wanita yang dituduh bersalah atas kesalahan membunuh kanak-kanak.  Dalam karya ini ditonjolkan bahawa kehidupan Salmah penuh dengan kesukaran.  Dia tidak dapat untuk membuat keputusan langsung.  Keinginannya untuk belajar, memilih pasangan hidup, berkawan...Senang cerita, Salmah dalam cerita ini dibentuk sebagai satu karektor yang dikawal sepenuhnya oleh persekitaran.

Faktor kawalan oleh persekitaran inilah menjadikan Salmah seorang perempuan yang lemah dan seterusnya menjadi alasan untuk Salmah melakukan hubungan sulit dengan saudara suaminya sendiri dan juga terlibat dalam pembunuhan dua kanak-kanak yang diletakkan dalam tandas.

Plot cerita ini dibawa dengan baik.  Dengan membawa idea menyusun cerita secara rawak iaitu membawa kisah Salmah dari kanak-kanak, kemudian dewasa, kemudian kanak-kanak, dan kembali pada dewasa juga ada selingan narrator...Susunan sebegini menjadikan penonton cerita ini kurang bosan kerana mereka perlu berfikir sedikit.  Pemilihan adegan penting juga telah dipilih dengan baik.  Hal ini seterusnya menyelamatkan struktur pergerakan naratif cerita ini supaya tidak terus menurun dari satu peringkat ke satu peringkat.

Pembinaan watak dalam cerita ini tidak dikawal dengan baik.  Hal ini seterusnya menyebabkan watak Salmah  kurang terasa emosinya.  Permainan emosinya kurang jelas.  Mungkin kerana watak Salmah ini dinampakkan sebagai tidak menentang pada zahirnya akibat daripada sifat konservertif keluarganya yang menyatakan bahawa Salmah perlu menjadi suri rumah dan tidak ada kebebasan untuk memilih.

Namun begitu, Salmah membawa melodrama yang sukar.  Dia perlu menceritakan apakah yang terjadi kepada dirinya secara zahir dan juga secara batin...solilokuinya seberat solilokui karya tragedi-tragedi Greek dan seterusnya menjadikannya kelihatan membawa idea membawa implimen teater Greek dalam naskhah ini.  Ya, dengan adanya korus, solilokui, seterusnya beberapa adegan-adegan tragedi...Idea saduran ini kelihatan berjaya.

Terdapat beberapa perkara yang pada penulis perlu diambil kira.  Dengan memilih panggung bersifat thrust stage pelakon perlu memberi perhatian kepada penonton-penonton yang berada di bahagian kiri dan kanan. Namun begitu, perkara ini kurang ditekankan dan seterusnya menjadikan persembahan ini kelihatan lebih sesuai untuk dipentaskan di pentas proscenium.  

Bantuan ensemble dalam membawa cerita juga kelihatan baik.  Mereka banyak membantu karektor Salmah juga membawa cerita Salmah ini sendiri.  Mereka banyak membantu terutama sekali pada Salmah versi kanak-kanak.  Lakonan pelakon cilik ini ternyata baik dan amat membantu dalam membawa emosi Salmah dan juga membawa isi cerita Salmah itu sendiri.  Salmah ditonjolkan sebagai watak yang lemah tetapi punya semangat untuk berkawan, belajar dan juga menghadapi hidup.  Dinamik watak ini kurang jelas apabila ia dewasa yang mana pada saya perlu nampak lebih kuat inner force untuk mendapat semua yang dia inginkan sebelum ini kerana tempoh untuk dia berdiam diri sangat lama.  Dari kecil hingga dia berkahwin.  Sangat lama.

Kehadiran watak narrator dalam cerita ini menceritakan secara keseluruhan apakah yang terjadi kepada perjalan hidup Salmah dan apa yang Salmah sedang hadapi.  Terdapat beberapa redundant dan repetition of facts yang menjadikan kewujudan watak ini kelihatan beberapa keadaan banyak memberi.  Keadaan ini menjadikan perjalanan cerita ini bergerak dengan lambat dan seterusnya plot cerita tidak bergerak dengan baik.

Sinografinya untuk permainan cerita ini kelihatan untuk menunjukkan kepada penonton akan konsep suggestive, boxes...Konsep ini telah dipilih untuk karya ini supaya penonton cuma sekadar faham apa yang akan digunakan di pentas dan ianya baik dan ianya membawa idea pertukaran watak Salmah dewasa dan kecil cuma dilambangkan dengan susunan kotak.  Namun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana set itu tidak perlu diubah dan juga ada beberapa keadaan set itu tidak nampak secara visualnya.  Mungkin terlalu suggestive sehingga kurang menampakkan bentuk set itu sendiri.

Pencahayaan yang dipilih dalam karya ini telah dipilih dengan rekaan yang kelihatan minimal.  Dalam beberapa keadaan pertukaran terhadap setting kurang jelas.  Namun begitu, ia telah direka dengan satu idea rekaan yang kurang berkesan.  Beberapa mood tidak terasa kerana terdapat beberapa rekaan yang kelihatan sama dan seterusnya menjadikan mood general dan mood special light sukar untuk dibezakan.

Kesimpulannya, Tragedi Salmah telah dibawa dengan baik.  Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang dilihat kurang membantu persembahan ini untuk menjadi satu persembahan yang berada pada tahap yang lebih tinggi.  Tetapi, karya ini merupakan karya yang baik dan akan menjadi lebih menarik sekiranya perubahan dilakukan supaya karya ini lebih dekat dengan penonton dan bersifat menyengat.  


Poetic Justice pada Salmah?  Atau...apa entah saya cakap ni???

No comments: