Post Page Advertisement [Top]

Aku berjalan menuju ke Parkson untuk mengisi masa lapang yang membosankan di sekitar bandar. Rasanya aku bosan. Dan dalam masa yang sama aku merasa lapar. Tapi aku memilih ke Parkson untuk melihat barangan yang dijual. Melihat harga,melihat warna, melihat corak baju, melihat...Pokoknya hari itu kerja aku melihat sahaja.

Aku perlu melalui satu restoren makanan segera sebelum pergi ke Parkson. Aku tahu aku lapar tapi harganya amat mahal. Aku cuma ada lima ringgit sahaja. Aku nak makan apa? Minuman bergas yang harganya lebih dari dua ringgit? Apa yang aku boleh buat cuma melihat ke dalam. Gaya aku seperti seorang pengemis yang memerlukan makanan itu.

Aku terlihat seorang awek. Aku kenal dia. Aku yakin dia kenal aku. Aku senyum dan dalam hatiku berkata "Kau memang comel. Kau memang cantik." Aku merasakan apa yang akan aku lakukan ini kurang bermakna. Jadi aku terus meninggalkan restoren makanan segera itu.

"Walid!"

Aku terdengar satu jeritan dari belakang. Aku melihat wajahnya. Itu awek yang aku tatap tadi. Yang aku puji dalam hati tadi. Suasana mula menjadi sepi. Senyap yang amat. Aku tidak mendengar sebarang bunyi. Cuma melihat wajahnya dan merenung matanya yang bersinar itu. Tuhan memang mahir mencipta moment sebegini. Silent moment yang amat indah.

Aku tersenyum dan berlagak macho walaupun jantung aku memukul-mukul isi kulitku dengan kuat dan pantas. Aku terus bertanya.

"Eh, buat apa sini?" Aku bertanya soalan yang aku tahu jawapannya.

"Kerja kat sini." 

Dia tersenyum dan memegang kedua-dua belah tangannya dan tangan itu. Memegang di depan seolah-olah digari polis tapi posisi tangan di depan dia seterusnya dibuka dan meletakkan ke belakang seolah-olah digari polis juga.

"Oh." 

"Saya nak masuk dulu ya." 

Dia mula menunjukkan jari telunjuknya pada restoren tempat dia bekerja. Aku mengangguk kepala tanda faham. Dia masuk ke dalam dan aku masih di luar. Aku melihat dompet aku sekali lagi walaupun aku tahu jumlah duit aku cuma lima ringgit. Aku merenung dia dari luar. Dari kaca lutsinar yang memisahkan kami berdua. Sambil diiringi bunyi-bunyi kereta yang melalui jalan raya di belakangku. Sambil dalam hati aku berkata. 

"Aku nak jumpa kau balik. Dan kita akan makan bersama lepas ni. Mungkin setiap hari."




Penuh kenangan



*tak ada kaitan dengan episod satu tapi kalau nak baca boleh juga...waktu sekolah dulu episod-1

8 comments:

Merok said...

sedih gila..

walid ali said...

kenangan dulu2

Muslimah said...

awek comel ;)
menunggu kisah seterusnya ..

walid ali said...

tengah lap air mata dulu...sedih episod lepas ni

lynmunir said...

Retro beb.

Unknown said...

:) menanti..

CeqGu said...

kisah benar ker ni? hihi

laureweng said...

komen ya. nak tau apa korang rasa..

saya rasa apa ek.
rasa nak baca lah.. ;)