Post Page Advertisement [Top]

Uncle yang menjadi sasaran Denel itu tinggal sebelah kubur cina. Ternyata dia amat menyeramkan kepada pelajar sekolah. Banyak cerita mula berkumandang dalam sekolah. Mungkin dia seorang penjaga kubur, mungkin dia seorang penghulu hantu di situ cuma menyamar menjadi lelaki tua atau mungkin tak ada kaitan langsung dengan kubur cina tu. 

Tapi, paling menarik ialah kedondong. Pokok kedondong sebelah rumah uncle ini selalu memanggil mendayu-dayu Denel dan pelajar-pelajar sekolah yang kurang sumber makanan. Kantin menyediakan makanan mahal dan juga kedai koperasi yang menjual makanan ringan. Ternyata mereka kelaparan.

Namun begitu, Denel seorang budak nakal yang disukai ramai mula mengumpul rakan-rakan. Tujuannya satu iaitu makan buah kedondong. Mereka perlu makan kedondong itu. Banyak rancangan telah dibincangkan. Tapi keputusan yang dipilih ialah mengambil buah kedondong secara paksa dan ingin menggelakkan uncle. 

Malam itu, Denel dan rakan-rakan mula bergerak secara sembunyi ke kawasan uncle tua. Mereka mula mengepung orang tua ketika dia keluar dari rumahnya - tujuan keluar rumah tidak diketahui sambil kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang membaca plastik hitam. Uncle kelihatan sedikit terkejut tapi masih slumber.

"You tak takut kah? Rumah uncle sebelah kubur. Uncle lama sudah tinggal sini."

Denel dan rakan-rakan masih tidak berganjak. Pada mereka itu semua gurauan. Mereka tahu mereka nak kedondong. Itu je!

"You nak makan ini buah makanlah. Tak payah pukul sama wa. Tak bagus!" 
Uncle menyerahkan plastik yang dipenuhi dengan buah kedondong kepada Denel. Mereka yang hendak mengambil buah kedondong secara paksa kelihatan keliru.

"Ambil itu buah makan sama kawan-kawan. Lain kali kalau mau lagi mintak saja lo. Wa tak ada anak. Buah kuat banyak."

Uncle mula melangkah masuk ke dalam rumah. Sebelum menutup pintu rumah, uncle itu memadang mereka dan mengukir senyuman.

4 comments:

Mummy MM said...

Macam citer seram jark..

walid ali said...

hahahah seram kan

iskandarX said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Hotlink satu

iskandarx[dot]com

Farra said...

mengidam kedondong tiba2..hahaha