Post Page Advertisement [Top]




Lelaki itu masih lagi berdiri tegap. Semua musuh yang menyerang dia tadi ditewaskan dengan hanya jurus yang sedikit. Wanita-wanita yang menyerang dengan penuh rakus tadi berjaya ditumbangkan dengan ilmu persilatan tahap tinggi tanpa perlu bantuan grafik komputer. Dia mengambil cermin mata hawai yang jatuh dan meletakkan pada wajahnya sambil ditemani efek senja di bumi Malaysia.

"Awak perlu berhati-hati orang muda. Di tanah ini banyak sangat orang berbahaya dan yang paling bahaya ialah wanita yang berambut palsu. Mereka akan mencuba untuk mencuri rambut awak yang panjang sampai ke pinggang dan seterusnya rambut awak itu akan menggantikan rambut palsu dia yang hanya mampu bertahan dua minggu." lelaki itu tegas menyatakan perkara yang dianggap bahaya.

Aku menghulurkan tangan aku tanda terima kasih kerana menyelamatkan aku daripada wanita-wanita hodoh itu tadi. Dia bersalaman dengan aku dan meperkenalkan diri pada aku.

"Nama aku Tuah. Hang Tuah."

Aku melapaskan tangan aku dengan segera. Aku tidak percaya di hadapan aku ini seorang lelaki yang dikatakan sangat hebat dalam sejarah. Pada aku dia penipu.

"Tak mungkin. Tuah dah matilah. Dalam buku teks aku ada baca." aku membidas lelaki bernama Tuah.

"Dalam buku teks ada tak cakap Tuah mati bila?"

"Tak ada"

"Ada tak cakap Tuah ni pergi mana?"

"Tak ada"

"Aku masih hidup. Belum mati lagi"

"Aku tak percayalah. Kau orang zaman dulu kot. Mana boleh pakai baju macam ni lepas tu muka nampak muda lagi. " sambil aku menunjukkan pada diri Tuah tentang jenis pakaiannya yang moden.

"Takkan aku tak nak ikut trend zaman. Itu fesyen dulu. Aku pakai fesyen baru sekarang ni. Muka aku muda sebab aku jumpa air Ainul Hayat."

"Mana boleh. Mana encik Tuah jumpa Ainul Hayat?"

"Seorang manusia bagi. Aku lupa tanya nama dia."

"Nampak sangat menipu." Aku terus ketawa kerana aku yakin pada ketika itu Tuah hanya bergurau. Tapi Tuah kelihatan masih serius. Dia tidak ketawa bersama aku sebaliknya aku ketawa seorang diri.

"Tak apalah kalau encik tak nak percaya" dia hanya tersenyum. Nasib baik tidak memukul dan memarahi aku.

"Baiklah-baiklah. Kalau betullah encik ni Tuah. Ke mana Tuah pergi ketika Melaka diserang penjajah? Tuah pengecut ke waktu tu? Lari dari Melaka! Ha~Ha~Ha~" aku mula semakin kurang suka dengan kata-kata si Tuah ni. Dia ni memang penipu pada aku dan aku cuba untuk menukar perbualan sambil memberikan sedikit tawaan sindiran.

"Aku waktu tu pergi mencari ilmu. Sebenarnya hari tu aku ada hantar surat kat Sultan Melaka tapi Sultan Melaka membakar surat itu dan menghalang aku untuk pergi. Dia memarahi aku sebab aku dah pandai menderhaka macam Jebat. Tapi aku peduli apa. Aku pergi juga belayar dengan kawan baik aku, Wong Fei Hong. Lepas pihak penjajah tahu aku tiada di Melaka mereka mula menyerang Melaka dan pada waktu itu pembesar-pembesar di Melaka banyak pengampu orang kaya dan akhirnya Melaka jatuh." kelihatan Hang Tuah bersungguh-sungguh menceritakan cerita diri dia. Aku mula sedikit yakin. Ketika aku mula untuk yakin aku terdengar satu bunyi yang tidak aku suka.

Di sekelilingku aku melihat sekumpulan wanita-wanita berwajah hodoh mula berlari ke arah kami. Mereka diketuai oleh seorang wanita yang agak gemuk sambil membawa tali pinggang sakti. Aku tahu tali pinggang itu. Tali pinggang yang digunakan oleh kaum wanita untuk menjajah suami mereka.

Jumlah mereka sangat banyak dan Hang Tuah berkata kepada aku.

"Jangan takut. Mereka semua ini wanita suka akan kebendaan. Mereka amat lemah dan mudah untuk ditewaskan."

"Macam mana?" aku bertanya sambil peluh ketakutan di mukaku bertambah banyak mengalir dan jatuh.

"Katakan pada mereka kamu lelaki hensem yang tak ada duit yang banyak. Tak salah berkata benar."

Benar, aku memang hensem dan tak banyak duit.